USA Los Angeles, California - Part 1

Perjalanan Ku Ke Los Angeles, California

Saya tiada masaalah untuk mendapatkan Visa ke US kali ini, sebab masih ada 3 tahun baki dari 10 tahun tempoh Visa dari kali terakhir saya menghadiri latihan mesin di Amerika tahun 2005.

Bezanya kali ini saya mengambil peluang tiket penerbangan free untuk mengambil peluang melancong di beberapa tempat di US, apabila syarikat menghantar saya untuk mempelajari mesin baharu.
Saya telah meminta kebenaran untuk melencongkan tiket dari Malaysia ke LAX yang sepatutnya terus ke George Bush International Airport, Houston dan saya bertolak 3 hari awal dari jadual.
Sesiapa yang pernah ke US pasti tahu perjalanan panjang yang memenatkan, duduk atas kapal dan menunggu transit.














4 jam transit di Guangzhou, pelbagai bangsa dan karena manusa cuba untuk membuanag waktu...

 Ada anak gunakan kaki maknya untuk berehat...
 Ada yang main gitar tanpa memperdulikan sekelilingnya..
 Ada yang membaca novel...


















Dan saya... boring...



















dan berlepas...















13 Jam penerbangan yang membosankan....
Dari Guangzhou ke LAX
Ini la penghibur....

USA Los Angeles, California - Part 2

Los Angeles, California

 Ruang udara California, awal pagi sampai tepat matahari terbit...




















Bulan July di LA atau Summer tidak lah sepanas mana dari daerah lain di US, lebih kurang di Malaysia cuma sangat kering dan susah untuk berpeluh...

Marriott Hotel yang saya tempah mempunyai shuttle bus sendiri jadi tidak perlu risau tentang kenderaan memandangkan Taxi di LA sangat la mahal...
Apa pun berlaku kesilapan penghantaran ke hotel, rupanya banyak Marriott Hotel di kawasan LA terpaksa la saya bongkar beg besar untuk keluarkan alamat hotel yang saya tempah...

Sempat bergaya depan hotel, untung budak hotel tolong ambil gambar...











Hotel sangat memuaskan, jika anda memandu sendiri dari hotel ini memang sesuai sebab trafik tidak sesak untuk pemamndu baharu di US sebab sebelah kiri, lebih kurang 30 minit memandu ke Universal Studio Hollywood dan beberapa minit kalau suka tengok pantai yang sexsi di Manhattan Beach... he...he...
Hotel Courtyard Los Angeles LAX/EI Sagundo, mempunyai kelengkapan yang cukup copy paste link di bawah dan boleh nampak apa kelengkapan hotel yang ada... memang class

http://www.marriott.com/hotels/travel/laxca-courtyard-los-angeles-lax-el-segundo/


Ni Cafeteria, cuaca di California memang sesuai duduk minum di luar sambil beristirehat


















Saya bukan ambil gambar pokok sebenarnya, belakang tu ada kolam mandi.... dan ada minah saleh pakai sexi la.... khe...khe...



















USA Los Angeles, California - Part 3

Pusing Pusing Di Beverly Hill dan Hollywood..




Saya memandu berpusing-pusing sekitar perumahan mewah para celebrity Hollywood, ada rumah yang kelihatan di keliling oleh para wartawan atau mumgkin paparazi, malas mau ambil kisah yang penting "Saya pernah Kesini"
























Sebelum ke pusat bandar Hollywood, singgah di tepi jalan bersebelahan satu taman, kelihatan ada penjual kulit asli dari Mexcio. Cantik dan lembut tapi harganya selepas pertukaran ke ringgit.. emmm sakit jantung..!







Di sini juga kelihatan seorang pelukis dan lukisanya memang class la.. Harganya emmm murah mungkin bagi orang US tapi kalau takat bawa ringgit inda payalah bermimpi.....















Singgah di Monsieur Marcel cari makanan dan tempat untuk membeli buah tangan magnet ja la mampu... Kebanyakan pakaian di sini made in China atau Vietnam, kalau mau cari yang made in USA kena pergi super market la...









Pusing-pusing terjumpa pula makanan Singapura dan Malaysia, satu-satunya yang orang muslim confident makanan di sini halal...
Dari Hotel kesini kurang dari setengah jam, walau pun dengan memandu menggunakan GPS. Tapi GPS di US memang boleh tahan la inda mungkin sesat, bukan macam GPS di Malaysia sesat lagi meyesatkan...



























Anjing Comel...


















Lepas ni pusing-pusing cari mall bandingkan haraga barang-barang di Malaysia....
Takut sesat kalau memandu punya pasal sanggup jalan kaki ke Beverly Center, tidak la jauh sangat kurang setengah jam berjalan kaki, dan bole cuci mata, US kalau musim panas kain mereka pakai semua kurang kilang inda cukup kain buat..emmmm.. masuk mall saja terjumpa sign ni di ruang masuk...

Ha...ha.... betulkan...
























Dan harga barangan US memang murah.... sakit hati tengok...